Pages

Thursday, 4 August 2011

Sambungan: 16 Belas wajah tak dipandang Allah

 Malam sebelum ni menceritakan si ibu yang berada didalam neraka. Setelah diceritakan oleh si anak kepada Nabi Muhammad s.a.w, Nabi  telah memohon kepada Allah agar menyembuhkan tangan si gadis yang sakit itu sekiranya cerita si gadis itu benar. sejurus selepas nabi Muhammad s.a.w berdoa, Allah telah menyembuhnya lalu tahulah Nabi Muhammad s.a.w bahawa cerita sigadis itu benar.


Kemudian baginda telah mengajar kepada sigadis itu bagaimana nak menolong ibunya keluar daripada neraka. Terdapat 3 cara kata baginda, pertama sedekah jariah yang diniatkan untuk si mati, kedua; doa anak yang soleh/solehah dan ketiga: ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.

Ketiga

sedang nazak ~

Anak derhaka kepada Ibubapa. Di dalam Al-quran ada menyebut ,"Janganlah kamu menyebut 'uh' kepada Ibubapa kamu" Pernah berlaku dizaman Rasulullah, di mana ada seorang Yang bernama AlQamah. Alqamah sangat baik tetapi telah abaikan ibunya, diatidak dapat mengucap semasa dia sedang nazak. Tetapi kasih sayang ibu mengatasi segala, lalu Al-qamah dapat mengucap. Pengajaran , Ibu tetap tanggungjawab anak terutama anak lelaki..Tidak boleh sesekali melebihi isteri dari ibunya.

Keempat 

Lelaki yang menyerupai perempuan.


kelima

 Perempuan Menyerupai lelaki

Keenam 

Bersumpah palsu. Sumpah yang sebenar dalam Islam adalah dengan melafazkan "waallahi, wataallahi, wabillahi" tanpa memegang Al-quran. Tidak perlu pegang Al-quran.

Ketujuh

Ad-Yus. Ditujukan kepada suami/bapa yang membiarkan anak dan isteri membuka aurat.

Kelapan

Memilih pemimpin kerana harta. Pak imam kata ini adalah daripada nabi muhammad s.a.w bukan dia yang reka. Dalam hadis,' Sesiapa yang mengatakan aku berkata sedangkan aku berkata, dan mengatakan aku tidak berkata sedangkan aku berkata, maka orang itu telah menempah neraka'

Kesembilan
Orang munafik. dalam satu hadis ada mengatakan,  ''Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat”. dari riwayat Bukhari.

1 comment:

  1. salam mek!

    haha.. jumpa jgk blog mg..

    menarik tol blog mg. sgt berguna :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...