Pages

Saturday 23 June 2012

Sahabat Di Kala Senang Dan Susah

Assalamualaikum... ~ Saya hanya mencari sahabat yang susah bersama senang bersama, bukan hanya susah di cari, bila senang dilupakan, dipandang sebelah mata... serik tetapi jadilah diri sendiri sahabat yang baik terhadap sahabat kita. jangan mengharap balasan. walaupun dilayan sekadarnya, hanya senyumlah... hormatilah rakan kepada sahabat kita, apabila diajak kerumah rakan sahabat, sertailah bersama...bukan hanya menunggu dijalanan. sekadar peringatan.. Semasa susah sahabat meminta RM1 untuk share ke telefon bimbit hanya untuk mengaktifkan kredit, tetapi rakan kepada sahabat ini tidak mahu share walaupun sahabat ini mahu membayar atau share balik. Dimanakah perkongsian senang dan susah?? Sedih dan pilu hati sahabat tetap tidak diceritakan kepada rakan sahabat.

Thursday 24 May 2012

BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT

~ berkatalah benar walaupun pahit. walaupun kamu akan mendapat kutukan sedangkan Nabi s.a.w apabila berada di Thaif lagi teruk kena hina. jangan jadi hipokrit kepada yang tak perlu kepada hipokrit. cuma kita kena tanya dalam hati kita, NAK REDHA ALLAH KE NAK REDHA MANUSIA??

jangan terlalu kisahkan org berperangai pelik...

~ kita boleh tahu seseorang itu samada bermasalah or sakit hati dengan kita melalui gerak geri badan( bahasa badan), lirikan mata, dan lenggok gaya apbila berhadapan dengan kita. dia mampu untuk berbicara dengan kawan kita tetapi kelu or hanya mampu buat gaya bersahaja or buat seolah-olah dihadpannya hanya ada seorg bukan lebih drpd seorang. kadang2 kita akan terfikir apa masalah dia ni? sampai gerak geri bila dilihat sgt pelik. pelik. mmg pelik. hati yg sakit or sakit hati ni or sifat2 jelik ni boleh dilihat walaupun tidak diluahkan melalui eksperesi muka. muka satu lambang warna hati ... tapi yg paling penting kita jangan mencari musuh dan menjadikan org lain sbg musuh atau dendam kesumat. TAPI APA YANG PENTING TEGUR SECARA BERDEPAN ITU LEBIK BAIK. SAMADA ORANG ITU NAK IKUT KE TAK, KITA TAK BOLEH PAKSA DAN KITA JANGAN JADI SEORANG YANG UJUB! NAUZUBILLAH... APA YANG PENTING POSITIFKAN MINDA DARI KACAU BILAU RAGAM MANUSIA YANG ENTAH APA2 ATAU BERFIKIRAN HANYA MAMPU BERCAKAP ITU INI, TETAPI BILA NK BUAT AMAT PAYAH N MAMPU MENGUTUK DI BELAKANG TETAPI TIDAK MAMPU BERDEPAN.... # Jangan jadikan kita org yg sukar utk menerima nasihat kerana agama Islam itu sendiri adalah nasihat. dan org yg bersifat ujub tidak akan menerima nasihat org sebaliknya menyatakan dia lah yang betul...

Thursday 3 November 2011

BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF!!!

ASSALAMULAIKUMMMM....... :)))

SALAM SEMUA.... :))

Sudah sekian lama saya tidak menukis blog ini... kerana kekangan kerja dan idea yang agak terhad untuk menulis,,, hehe

Apa yang nak saya katakan, sudah saban hari dan  banayak kali saya nak melontarkan idea ini tapi tidak mempunyai hujah2 yang bernas. tapi setelah terbiasa mendengar Radio Ikim.fm saya mempunyai idea untuk ini..

setiap hari rabu akan ke udara satu program yang diterajui oleh Prof Dr Muhaya. Dia sangat best, Cuba dengar. setiap kali saya mendengar dia berbicara, dia xkan lekang dari mengingatkan kita sentiasa berfikiran positif walau apa jua keadaan, apa2 yang berlaku perbetulkan diri terlebih dahulu , jangan duk sibuk perlekhkan org , mencari kesalahan org dan sebagainyer.

kalau bersama suami, jika anda sebagai isteri, klu isteri tersebut mengadu bahawa suaminya berperangai sekian2... tapi Dr Muhaya akan berpesan kat isteri atau kaum hawa bahawa perbaiki diri terlebih dahulu. tanya diri  kenapa suami menjadi begitu?  Kenapa suami curang? kenapa? Semua tu kene tanya diri kita sendiri terutama perempuan.  biarlah kita tak dapat kasih sayang suami tapi kita kene mencari kasih sayang Allah. Kita nak redha manusia ke redha Allah??

Tapi perlu diingat juga bahawa redha Allah berdasarkan redha ibubapa. insyaallah.

Dalamkehidupan disekeliling kita, banyak karenah dan perangai manusia namun kita sebagai manusia perlu bersikap bersangka baik! sentiasa bersikap itu. sebelum ni, saya sentiasa mendengar rungutan dan ejekan dari orang lain, saya tak tau nak menilai apa jenis orang ini. tapi cukup saya katakan kata-kata dia kadang saya tidak setuju.

"Orang pergi masjid untuk mendengar ceramah tu x semestinyer dia amalkan, dan orang yang bagitau tu baca je mengikut buku atau kitab. selepas wassalam belum tentu ingat apa yang diajar, baik buat ibadat kat umah!"

Saya sangat terkejut mendengarnya. Kenapa begitu sekali tuduhan kepada orang lain dan kenapa teruk sekali sangkaan buruk kita kat orang. Ya Allah! rintih hati kecil saya! tapi saya tak berdaya nak memberi pendapat orang tersebut. Kenapa?? Saya tak berdaya..

Tapi dalam hati saya bergelojak dan bergelora. Dalam hati saya, saya mengatakan. 'tak boleh kita bercakap macam tu kat orang'!!

kenapa!!??

Kerana kita patut berterimakasih kepada ustaz2 yang memberi ceramah kat masjid kerana mengimarahkan masjid dari sunyi sepi dan berduyun-duyun orang datang untuk mendengar ceramah. Dengar sahaja dh dapat pahala. Memberi atau menyebarkan ilmu agama sudah mendapat pahala. Jadi, siapa kita nak menidakkan usaha murni ustaz2, tak kan kita nak jadi kera sumbang! tak nak bergaul dengan masyarakat. Iyye, kita perlu beramal, tapi apabila kita dah pergi atau berada dalam majlis ilmu , malaikat akan menaungi dan melebarkan sayapnya! subhanallah! Kita duk kat umah, duk kata itu ini, apa yang kita dapat? Tanya diri sendiri..

Betul, orang yang beramal adalah orang yang sangat beruntung tetapi bandingkan diri kita yang sedang mengutuk dan mempelekehkan usaha murni orang dan pahala yang ingin dicari. Kita jangan sempitkan pemikiran dan kotak akal kita dengan mengatakan solat, puasa, berzikir dan ibadah wajib yang lain hanyalah  yang itu sahaja dikatakan ibadah Ya Allah, ibadah itu merangkumi semua, ibadah khusus dan ibadah umum. Perlu diingat menyebarkan dakwah , mencari nafkah, belajar ilmu agama juga disebut ibadah.

Secara logiknya, Rasulullah s.a.w telah menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia, klu semua bersifat atau mengatakan berzikir itu hanya ibadah dan yang lain2 bukan ibadah tak kan sampai ajaran Islam tu kepada umat manusia! Kerana berzikir tu dibuat secara individu dan ada juga secara beramai-ramai. Berzikir adalah sangat bagus dalam menjadikan hati bersih tapi  perlu dingat BERSANGKA BAIK DAN BERFIKIRAN POSITIF juga membersihkan hati kita dari sifat iri hati , dengki , tak puas hati. berzikir bukan hanya ditikar sembahyang tapi   di mana-mana, sedang memasak, menyapu, didalam bas atau sedang berjalan.

Pandangan Allah adalah hati para hambanya. Beribadah lah dengan ikhlas semata-mata kerna Allah dan bukannya untuk dipuji dan dibanggakan, jauhkan Sifat itu Ya Allah KERANA walau sebesar biji sawi sekalipun hapuslah semua amalan kita.

Kesimpulannya, jagalah hati dari berfikir negatif dan berburuk sangka. Ibadah merangkumi semua samada khusus atau umum. berzikir lah bagi menjaga hati dan peliharalah hati dari sifat mazmumah, riak, sombong, takabur, ujub , dengki dan sebagainya. Nauzubilllah~!!



-------------------- SEKIAN, KELUHAN DAN RINTIHAN HATI KALI INI :))) ---------------------

Thursday 4 August 2011

Sambungan: 16 Belas wajah tak dipandang Allah

 Malam sebelum ni menceritakan si ibu yang berada didalam neraka. Setelah diceritakan oleh si anak kepada Nabi Muhammad s.a.w, Nabi  telah memohon kepada Allah agar menyembuhkan tangan si gadis yang sakit itu sekiranya cerita si gadis itu benar. sejurus selepas nabi Muhammad s.a.w berdoa, Allah telah menyembuhnya lalu tahulah Nabi Muhammad s.a.w bahawa cerita sigadis itu benar.


Kemudian baginda telah mengajar kepada sigadis itu bagaimana nak menolong ibunya keluar daripada neraka. Terdapat 3 cara kata baginda, pertama sedekah jariah yang diniatkan untuk si mati, kedua; doa anak yang soleh/solehah dan ketiga: ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...