Pages

Thursday 4 August 2011

Sambungan: 16 Belas wajah tak dipandang Allah

 Malam sebelum ni menceritakan si ibu yang berada didalam neraka. Setelah diceritakan oleh si anak kepada Nabi Muhammad s.a.w, Nabi  telah memohon kepada Allah agar menyembuhkan tangan si gadis yang sakit itu sekiranya cerita si gadis itu benar. sejurus selepas nabi Muhammad s.a.w berdoa, Allah telah menyembuhnya lalu tahulah Nabi Muhammad s.a.w bahawa cerita sigadis itu benar.


Kemudian baginda telah mengajar kepada sigadis itu bagaimana nak menolong ibunya keluar daripada neraka. Terdapat 3 cara kata baginda, pertama sedekah jariah yang diniatkan untuk si mati, kedua; doa anak yang soleh/solehah dan ketiga: ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.

Tuesday 2 August 2011

16 Belas wajah tak dipandang Allah

Assalamualaikum...

Malam ini merupakan malam ketiga tarawikh. Malam ini, imam telah menegur para makmum supaya mendengar tazkirah yang disampaikan.  Setiap majlis ilmu samada tazkirah, ceramah, 
dan ucapan yang mengandungi ilmu, kita hendaklah meraikan majlis tersebut sehingga habis. 


Hal ini kerana, setiap majlis ilmu ada para malaikat disampingnya. Setiap majlis ilmu adalah
fardu ke atas kita untuk mempelajarinya dan mendengarnya. '' Thalabal 'ilmi faridhoh''. 
maksudnya menuntut ilmu itu adalah fardu.

Sebelum meneruskan entry dengan tajuk baru, elok saya menyambung entry tajuk yang lepas.

2. Bulan pemurah - pada bulan ini ramai orang bersedekah.

Monday 1 August 2011

Nama - nama lain Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Sebelum ini, entry mengenai Kenapa bulan Ramadhan dipilih sebagai bulan puasa. Malam tadi saya mendengar sambungannya. seperti entry sebelum ni, yang menyatakan huruf N(nun) kat belakang Ramadhan tu membawa maksud nikmat. 

Nikmat yang dimaksudkan adalah nikmat rezeki yang murah dibulan Puasa. kenapa?? kerana pada bulan puasa orang miskin dapat makan disebabkan orang kaya yang memberi makanan dan menjadi pemurah untuk menderma.  begitu baiknyer.. Dan pada bulan ini juga Allah melipatkan gandakan ganjaran pahala dan memakbulkan doa para hambanya.

Adapun terdapat nama lain yang boleh kita panggil selain bulan Ramdhan.

Nama- nama lain Bulan Ramdhan

Selain bulan Ramadhan, kita boleh juga memanggil:-



1. Shahru Quran (bulan Quran) - kenapa ia dikenali sebagai bulan Quran? ini ada pada bulan Ramadhan, Al-quran diturunkan. bagaimana ayat- ayatnya diturunkan? Ayat -ayat al-Quran diturunkan secara beransur-ansur agar mudah diterima oleh semua manusia. Ayat-ayat quran diturunkan beransur-ansur supaya umat manusia dapat beramal dengan apa yang ada dalam al-quran TETAPI  kita hanya boleh beramal amalan agama Islam sahaja KERANA dalam Al-Quran juga menceritakan kehidupan atau perangai  orang -orang kafir samada yahudi atau nasrani.

oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah memahami isi kandungan ayat-ayat al-quran dan beramal apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Sebagai sahabat, saya berharap kita semua membaca al-Quran dan tafsir sekali. kita baca sedikit tak apa dalam satu hari tetapi biarlah istiqamah apatah lagi dibulan penuh keberkatan ini, bulan Ramadhan al-mubarak. Sampai sini sahaja entry kali ini. Saya akan tulis lagi entry -entry mengenai tajuk ini.
----------bersambung---------





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...