Malam ini merupakan malam ketiga tarawikh. Malam ini, imam telah menegur para makmum supaya mendengar tazkirah yang disampaikan. Setiap majlis ilmu samada tazkirah, ceramah,
dan ucapan yang mengandungi ilmu, kita hendaklah meraikan majlis tersebut sehingga habis.
Hal ini kerana, setiap majlis ilmu ada para malaikat disampingnya. Setiap majlis ilmu adalah
fardu ke atas kita untuk mempelajarinya dan mendengarnya. '' Thalabal 'ilmi faridhoh''.
maksudnya menuntut ilmu itu adalah fardu.
Sebelum meneruskan entry dengan tajuk baru, elok saya menyambung entry tajuk yang lepas.
2. Bulan pemurah - pada bulan ini ramai orang bersedekah.
16 Belas wajah tak dipandang Allah
Maha suci Allah HambaMu ini berlindung dari kejahilan dan kebatilan Ya Allah! Aku berlindung dari tergolong dalam golongan ini. Nauzubillah.
Golongan yang pertama yang disebut adalah:-
Pertama -- Golongan Pemerinta/pemimpin yang membiarkan rakyatnya hidup dalam
kesusahan dan melarat dan pemimpin tersebut bersenang lenang tanpa mempedulikan nasib rakyatnya! nauzubillah! Sewaktu di zaman khulafa' Ar-rasyidin, contoh yang diambil adalah perbuatan saidina Umar al-khatab, di mana, beliau telah berjalan pada waktu
malam melihat kehidupan rakyatnya. Suatu malam, dalam berpakaian seperti rakyatnya, saidina Umar r.a telah mendengar suara tangisan seorang bayi lalu Saidina Umar mendekati
lalu bertanya dengan si ibu. Apakah yang sedang berlaku? Jawab si ibu, ''saidina umar telah membiarkan rakyatnya kelaparan.'' si ibu tersebut tidak menyedari bahwa di depannya adalah Saidina Umar sendiri! Apabila beliau mendengar rintihan si ibu, lalu saidina Umar
pun ingin mengambil makanan. Orang kanan beliau ingin membantunya tetapi dihalang oleh
saidina Umar. '' Adakah kamu ingin menanggung dosaku?'', tanya Saidina Umar kepada orang kanannya.
Kedua -- Golongan memberi sesuatu kemudian dia mengungkit pemberiannya. Golongan ini akan dimasukkan dalam ke dalam api neraka. Apa -apa kita telah beri kat seseorang janganlah kita mengungkit kembali biarlah hanya kerana Allah. Lillahi ta'ala. di zaman Rasulullah, seorang gadis telah berjumpa dengan baginda lalu baginda bertanya, '' kenapa anakku?'' lalu si gadis itu menceritakan tentang mimpinya kepada Rasulullah s.a.w. dalam mimpinya, si gadis tersebut telah melihat ibunya berada dalam neraka. terkejut anaknya itu lalu bertanya,'' Hai ibuku, kenapa engka berada dalam api nerakan sedangkan semasa didunia engkau sangat pemurah. Lalu si ibu menjawab,'' Aku telah mengungkitnya. ditangan kananku terdapat keju yang aku beri kepada si miskin hanya kerana Allah. Aku gunakan keju ni menahan api yang ingin menyambarku dan ditangan kiriku ada sehelai tuala yang digunakan untuk menghalang dari api terkena badanku.'',
Si ibu juga meminta air daripada anaknya kerana terlalu dahaga. peluhnya yang mengalir cepat kering!. Kemudian si anak pergi melihat bapanya yang bahagia didalam syurga. Si anak ini telah meminta bapanya menolong ibunya tetapi si bapa berkata , '' Ahli syurga dilarang membantu ahli neraka walaupun hanya setitik air! Setelah mendengar si bapa berkata begitu, si anak ini telah memberikan air kepada ibunya. Kemudian, si gadis ini terjaga dari mimpinya dan dia berasa sakit tangan. Setelah menengar cerita si gadis ini, Rasulullah samada ingin percaya atau tidak percaya akan cerita tersebut lalu baginda berkata sekiranya cerita mimpi ini benar aku memohon kepada Allah agar tangan kau sembuh. Kemudian selepas itu, tangan si gadis itu tidak sakit lagi. Maka sedarlah baginda bahawa cerita mimpi tersebut adalah benar!
Emm takutnyer saya mendengar cerita tadi. nasihat kepada diri sendiri dan pembaca sekalian agar apabila membuat sesuati biarlah semata-mata kerana Allah.
Malam esok akan disambung cerita bagaimana si gadis itu menolong ibunya!
--------bersambung------
No comments:
Post a Comment