Pages

Thursday, 3 November 2011

BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF!!!

ASSALAMULAIKUMMMM....... :)))

SALAM SEMUA.... :))

Sudah sekian lama saya tidak menukis blog ini... kerana kekangan kerja dan idea yang agak terhad untuk menulis,,, hehe

Apa yang nak saya katakan, sudah saban hari dan  banayak kali saya nak melontarkan idea ini tapi tidak mempunyai hujah2 yang bernas. tapi setelah terbiasa mendengar Radio Ikim.fm saya mempunyai idea untuk ini..

setiap hari rabu akan ke udara satu program yang diterajui oleh Prof Dr Muhaya. Dia sangat best, Cuba dengar. setiap kali saya mendengar dia berbicara, dia xkan lekang dari mengingatkan kita sentiasa berfikiran positif walau apa jua keadaan, apa2 yang berlaku perbetulkan diri terlebih dahulu , jangan duk sibuk perlekhkan org , mencari kesalahan org dan sebagainyer.

kalau bersama suami, jika anda sebagai isteri, klu isteri tersebut mengadu bahawa suaminya berperangai sekian2... tapi Dr Muhaya akan berpesan kat isteri atau kaum hawa bahawa perbaiki diri terlebih dahulu. tanya diri  kenapa suami menjadi begitu?  Kenapa suami curang? kenapa? Semua tu kene tanya diri kita sendiri terutama perempuan.  biarlah kita tak dapat kasih sayang suami tapi kita kene mencari kasih sayang Allah. Kita nak redha manusia ke redha Allah??

Tapi perlu diingat juga bahawa redha Allah berdasarkan redha ibubapa. insyaallah.

Dalamkehidupan disekeliling kita, banyak karenah dan perangai manusia namun kita sebagai manusia perlu bersikap bersangka baik! sentiasa bersikap itu. sebelum ni, saya sentiasa mendengar rungutan dan ejekan dari orang lain, saya tak tau nak menilai apa jenis orang ini. tapi cukup saya katakan kata-kata dia kadang saya tidak setuju.

"Orang pergi masjid untuk mendengar ceramah tu x semestinyer dia amalkan, dan orang yang bagitau tu baca je mengikut buku atau kitab. selepas wassalam belum tentu ingat apa yang diajar, baik buat ibadat kat umah!"

Saya sangat terkejut mendengarnya. Kenapa begitu sekali tuduhan kepada orang lain dan kenapa teruk sekali sangkaan buruk kita kat orang. Ya Allah! rintih hati kecil saya! tapi saya tak berdaya nak memberi pendapat orang tersebut. Kenapa?? Saya tak berdaya..

Tapi dalam hati saya bergelojak dan bergelora. Dalam hati saya, saya mengatakan. 'tak boleh kita bercakap macam tu kat orang'!!

kenapa!!??

Kerana kita patut berterimakasih kepada ustaz2 yang memberi ceramah kat masjid kerana mengimarahkan masjid dari sunyi sepi dan berduyun-duyun orang datang untuk mendengar ceramah. Dengar sahaja dh dapat pahala. Memberi atau menyebarkan ilmu agama sudah mendapat pahala. Jadi, siapa kita nak menidakkan usaha murni ustaz2, tak kan kita nak jadi kera sumbang! tak nak bergaul dengan masyarakat. Iyye, kita perlu beramal, tapi apabila kita dah pergi atau berada dalam majlis ilmu , malaikat akan menaungi dan melebarkan sayapnya! subhanallah! Kita duk kat umah, duk kata itu ini, apa yang kita dapat? Tanya diri sendiri..

Betul, orang yang beramal adalah orang yang sangat beruntung tetapi bandingkan diri kita yang sedang mengutuk dan mempelekehkan usaha murni orang dan pahala yang ingin dicari. Kita jangan sempitkan pemikiran dan kotak akal kita dengan mengatakan solat, puasa, berzikir dan ibadah wajib yang lain hanyalah  yang itu sahaja dikatakan ibadah Ya Allah, ibadah itu merangkumi semua, ibadah khusus dan ibadah umum. Perlu diingat menyebarkan dakwah , mencari nafkah, belajar ilmu agama juga disebut ibadah.

Secara logiknya, Rasulullah s.a.w telah menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia, klu semua bersifat atau mengatakan berzikir itu hanya ibadah dan yang lain2 bukan ibadah tak kan sampai ajaran Islam tu kepada umat manusia! Kerana berzikir tu dibuat secara individu dan ada juga secara beramai-ramai. Berzikir adalah sangat bagus dalam menjadikan hati bersih tapi  perlu dingat BERSANGKA BAIK DAN BERFIKIRAN POSITIF juga membersihkan hati kita dari sifat iri hati , dengki , tak puas hati. berzikir bukan hanya ditikar sembahyang tapi   di mana-mana, sedang memasak, menyapu, didalam bas atau sedang berjalan.

Pandangan Allah adalah hati para hambanya. Beribadah lah dengan ikhlas semata-mata kerna Allah dan bukannya untuk dipuji dan dibanggakan, jauhkan Sifat itu Ya Allah KERANA walau sebesar biji sawi sekalipun hapuslah semua amalan kita.

Kesimpulannya, jagalah hati dari berfikir negatif dan berburuk sangka. Ibadah merangkumi semua samada khusus atau umum. berzikir lah bagi menjaga hati dan peliharalah hati dari sifat mazmumah, riak, sombong, takabur, ujub , dengki dan sebagainya. Nauzubilllah~!!



-------------------- SEKIAN, KELUHAN DAN RINTIHAN HATI KALI INI :))) ---------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...